PROGRAM
BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
MUSIM CUTI SEKOLAH
Program Berkhatan Beramai - Ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform untuk mengukuhkan silaturahim di kalangan komuniti setempat.
Program berkhatan sangat sinonim sejak pembukaan Poliklinik Dr. Azhar & Rakan - Rakan.
INFO
PESERTA
Jumlah peserta
berkhatan dari
10 - 300 orang sehari.
TEKNIK
Menggunakan
Teknik Laser
(Teknik 'diathermy' atau 'cauthery')
KAEDAH
Teknik yang digunakan membantu mengurangkan pendarahan dan risiko jangkitan kuman.
OBJEKTIF SUMBANGAN
“mencapai matlamat dalam membantu dan memperkayakan kehidupan komuniti sasaran”
PERKHIDMATAN PERCUMA
Memastikan golongan yang kurang bernasib baik dapat mengakses perkhidmatan berkhatan tanpa kos;
RAWATAN KESIHATAN
Memastikan golongan kurang bernasib baik mendapat rawatan kesihatan yang sempurna;
PENYERTAAN AKTIF KOMUNITI
Menggalakkan penyertaan aktif komuniti dalam program sukarelawan, pihak berkepentingan dan individu dalam usaha kebajikan bersama;
MEMBERI SEMANGAT
Memberi dorongan dan semangat kepada golongan asnaf untuk manjalani kehidupan yang lebih baik.
KONSULTASI
PEGAWAI PERUBATAN
SUNTIKAN
BIUS
UBAT
TAHAN SAKIT
SIJIL
PENGESAHAN SUNAT DAN SAGUHATI
FAEDAH DAN PAKEJ BERKHATAN
Akhir Kalam
Program Berkhatan Beramai - Ramai dianggap sebagai salah satu alternatif terbaik dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menunaikan tuntutan Islam bagi anak - anak lelaki.
Hal ini kerana, jika dilakukan di klinik perubatan swasta secara individu, kosnya adalah sekitar RM 180 seorang, dan perkara ini sedikit membebankan jika sebuah keluarga mempunyai lebih dari seorang anak lelaki yang perlu dikhatankan pada waktu yang sama.
Semoga program Berkhatan Beramai-Ramai ini menjadi bukti momentum keprihatinan umat Islam di Malaysia yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri, dalam menyokong serta meringankan sedikit kesulitan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti asnaf dan fakir miskin.